Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/135
Title: Cokmar Universiti Malaysia Perlis
Authors: Pusat Komunikasi Korporat 
Universiti Malaysia Perlis 
Keywords: Cokmar Universiti Malaysia Perlis
Issue Date: 2006
Type: Image
Conference: Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis
Abstract: Cokmar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atau alat kebesaran serta lambang kuasa institusi dan universiti mula diperkenalkan pada Istiadat Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada 22 Julai 2006. Kini, alat kebesaran ini akan digunakan setiap kali berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). # KONSEP REKA BENTUK COKMAR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) Konsep "pohon kehidupan" telah diambil kira sebagai reka bentuk cokmar yang terdiri daripada akar, batang, daun dan bunga. # BUNGA Pada bahagian atas ukiran Bunga Kenanga terdapat mahkota kebesaran Diraja bagi melambangkan negeri Perlis sebagai sebuah negeri beraja. Enam kelopak bunga yang mengembang ke atas diperbuat daripada perak melambangkan Rukun Iman. Lapisan kelopak melambangkan jurusan-jurusan yang terdapat di UniMAP dan kepelbagaian graduan yang dihasilkan oleh UniMAP. Pada bahagian bawahnya pula terdapat tiga kelopak yang diukir dengan perak yang bermotifkan Bunga Pulut, Bunga Raya dan Bunga Kertas. Bunga Pulut ialah corak kesenian Melayu yang bercirikan alam yang dikaitkan dengan hasrat Universiti untuk menyinarkan cahaya ilmu di rantau ini. Motif Bunga Pulut ini melambangi hakikat bahawa menuntut ilmu itu tiada penghujungnya. # AKAR Akar sebagaimana yang diketahui merupakan nadi kehidupan pokok yang berfungsi sebagai menyerap makanan untuk tumbesaran pokok. Sesuai dengan fungsi akar, bahagian bawah cokmar melambangi hasrat UniMAP untuk terus menyuburkan ilmu dalam kalangan pelajar. Ukiran Bunga Padi yang mengembang ke atas menunjukkan bahawa ilmu dan pendidikan mestilah disemai dari awal untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berkembang maju mengikut acuan yang dikehendaki. # DAUN Terdapat tiga biji permata berwarna asas iaitu merah, hijau dan biru di bahagian bawah cokmar. Permata-permata ini melambangi komponen asas dalam penjanaan kehidupan melalui khasiat semula jadi alam sekitar. Daun menggambari juga tenaga fizikal dan spiritual komuniti kampus. Sepotong ayat suci Al-Quran yang dipetik daripada surah Al-Mujaadilah terukir pada bahagian ini. Ayat ini membawa maksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu, dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat, dan (ingatlah) Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan." Di bawah ayat tersebut terdapat ukiran nilai teras UniMAP iaitu ILMU, KEIKHLASAN dan KECEMERLANGAN. # BATANG Bahagian batang cokmar diperbuat daripada perak bersadur emas. Batang ini turut dihiasi motif Bunga Kenanga dan awan larat yang menggambari bahawa proses menuntut ilmu itu tiada batasan dan penghujungnya. Lima logo UniMAP pada batang menggambari lima Rukun Islam dan lima Rukun Negara yang perlu dipatuhi. Tujuh segmen (lilitan) pula melambangi kebesaran Tuhan.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/135
Rights: Universiti Malaysia Perlis
Appears in Collections:Photographs - PKK

Files in This Item:
File Description SizeFormat Existing users please
photo20220765.jpg673.11 kBJPEG    Request a copy
Show full item record

Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.